Tuesday, November 19, 2019

Program-Program Pengajian Yang Ditawarkan Oleh UA Malaysia. (Part 6 - UPM)

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia. UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".


Antara Program-Praogram Pengajian Yang Ditawarkan Oleh UPM Termasuklah:

Fakulti Sains
  • Bacelor Sains (Kepujian)
  • -Major Biologi
    -Major Matematik
    -Major Statistik
    -Major Fizik
    -Major Kimia
    -Major Kimia Perindustrian
    -Major Kimia Petroleum
    -Major Sains Bahan
    -Major Sains Instrumentasi
  • Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)
  • -Major Biologi
    -Major Fizik
    -Major Matematik 
    -Major Kimia    

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
  • Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
  • Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
  • Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
  • Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
  • Doktor Perubatan
  • Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
  • Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan)
  • Bacelor Sains (Dietetik)
  • Bacelor Sains (Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti)
  • Bacelor Kejururawatan

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
  • Doktor Perubatan Veterinar

FAKULTI PERHUTANAN
  • Bacelor Sains Perhutanan
  • Bacelor Sains Teknologi Kayu
  • Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

FAKULTI PEBGAJIAN ALAM SEKITAR
  • Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
  • Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

FAKULTI PERTANIAN
  • Bacelor Sains Pertanian
  • Bacelor Sains Hortikultur
  • Bacelor Sains Pengurusan Perladangan
  • Bacelor Sains (Kepujian) Akuakultur
  • Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
  • Bacelor Sains Perniagaantani
  • Fakulti Pengajian Pendidikan
  • Bacelor Pendidikan Sains Pertanian
  • Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga
  • Bacelor Pendidikan Jasmani
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu
  • Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
  • Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia
  • Bacelor Kaunseling

Fakulti Rekabentuk dan Senibina
  • Bacelor Senibina Lanskap
  • Bacelor Sains Senibina
  • Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Fakulti Kejuruteraan
  • Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Bacelor Kejuruteraan Awam
  • Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem
  • Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Bacelor Kejuruteraan Kimia
  • Bacelor Kejuruteraan Mekanikal
  • Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan
  • Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Bacelor Sains Komputer (Sistem Komputer)
  • Bacelor Sains Komputer (Multimedia)
  • Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer)
  • Bacelor Kejuruteraan Perisian

Fakulti Ekologi Manusia
  • Bacelor Sains Pembagunan Manusia (BSPM)
  • Bacelor Sains Pembagunan Manusia dengan Pengurusan(BSPMP)
  • Bacelor Sains Pembagunan Manusia dengan Teknologi Maklumat (BSPMTM)
  • Bacelor Pengajian Pengguna (BPG)
  • Bacelor Muzik (BM)

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  • Bacelor Ekonomi
  • Bacelor Perakaunan
  • Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Bacelor Sastera (B.A.)
  • Bahasa dan Linguistik Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Asing (Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis)
  • Kesusasteraan Melayu
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Bacelor Komunikasi (B. Comm)
  • -Kewartawanan
    -Penyiaran
    -Komunikasi Kemanusiaan
    -Komunikasi Korporat

Ingin mendapat maklumat yang selanjutnya, sila layari web di bawah:


Disediakan oleh, 
Biro Kerjaya PRD KMKt.

0 comments:

Post a Comment