Sebelum anda menyebarkan sesuatu maklumat, pernahkah anda memastikan ketepatan maklumat tersebut? Dalam Kem Kepimpinan PRD KMKt yang diadakan pada 21 Oktober 2019 hingga 23 Oktober 2019, terdapat satu slot yang menyahutkan ahli-ahli kem supaya menentukan kebenaran maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Dalam slot ini, ahli-ahli diminta untuk susun dalam satu baris dan menyebarkan beberapa ayat atau isyarat dari satu hujung ke hujung yang sebelah.
Ahli-ahli diminta untuk susun dalam satu baris untuk menjalankan slot tersebut.
Walaupun semua ahli telah berusaha untuk menyampaikan maklumat yang betul, maklumat yang disampai ke orang yang terakhir adalah salah dan tidak sama dengan apa yang hendak disebar oleh orang yang pertama. Hal ini demikian kerana ada orang di tengah-tengah yang tidak dapat mengingati semua maklumat dan tokok tambah mengikut ingatan mereka.
Slot ini telah mencerminkan keadaan yang sering berlaku dalam hidupan harian kita. Terdapat banyak maklumat yang disampaikan kepada diri kita adalah tidak tepat dan benar. Jika kita masih menyebarkan maklumat-maklumat yang palsu, salah faham akan berlaku kerana kenyataan telah diputar belit. Oleh itu, kita sepatutnya menilai ketepatan maklumat-maklumat yang disampaikan kepada kita sebelum kita memberitahu orang lain.
Selain itu, janganlah kita mudah mempercayai apa yang kita terdengar pada setiap masa kerana apa yang kita dengar bukanlah semestinya benar dan betul. Janganlah kita sesekali menilai seseorang atau suatu perkara bergantung kepada apa yang kita dengar dan sebaliknya, kita wajarlah mengumpul maklumat yang secukupi serta memastikan makluat tersebut adalah benar sebelum membuat suatu kesimpulan terhadap orang atau perkara tertentu.
Sebagai kesimpulan, sebelum menyampaikan suatu maklumat kepada orang lain, kita wajiblah memastikan ketepatan maklumat tersebut terlebih dahulu; semasa menyampaikan suatu maklumat kepada orang lain, kita seharusnya menyampaikan apa yang kita dapati sahaja dan jangan sesekali bertokok tambah. Dengan ini, perselisihan faham dapat dikurangkan dan mengelakkan sebarang pertengkaran yang tidak diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Kem Kepimpinan PRD KMKt 2019/2020. |
0 comments:
Post a Comment