Friday, October 18, 2019

Program-Program Pengajian Yang Ditawarkan Oleh UA Malaysia. (Part 2 - UPSI)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (singkatan: UPSI) merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris. Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".

Antara Program-Praogram Pengajian Yang Ditawarkan Oleh UPSI Termasuklah:

Bahasa dan Komunikasi
  • ISM Pendidikan (Kesusasteraan Melayu)
  • ISM Pendidikan (Bahasa Melayu)
  • ISM Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL))
  • ISM Bahasa Arab dengan Pendidikan
  • ISM Bahasa Cina dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Bahasa Tamil)
  • ISM Komunikasi (Komunikasi Sosial)
  • Diploma Bahasa Inggeris

Sains Kemanusiaan
  • ISM Pendidikan (Sejarah)
  • ISM Pendidikan (Geografi)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Moral)
  • ISM Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Islam)

Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
  • ISM Pendidikan (Seni)
  • ISM Pendidikan (Teknologi Maklumat)
  • ISM Pendidikan (Multimedia)
  • ISM Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer)
  • ISM Pendidikan (Seni Komunikasi Visual)
  • ISM Reka Bentuk (Animasi)
  • ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)
  • ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)
  • ISM Reka Bentuk (Permainan Digital)
  • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
  • Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)

Pendidikan Teknikal dan Vokasional
  • ISM Pendidikan (Kemahiran Hidup)
  • ISM Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga)
  • ISM Pendidikan (Sains Pertanian)
  • ISM Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi)
  • ISM Pendidikan (Reka Cipta) (program baharu)

Muzik dan Seni Persembahan
  • ISM Pendidikan (Muzik)
  • ISM Seni Persembahan (Tari)
  • ISM Seni Persembahan (Teater) 
  • Diploma Muzik
  • Diploma Tari
  • Diploma Teater

Pendidikan dan Pembangunan Manusia
  • ISM Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Khas)
  • ISM Pendidikan (Sekolah Rendah)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  • ISM Psikologi 
  • Diploma (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

Sains dan Matematik
  • ISM Pendidikan (Matematik)
  • ISM Pendidikan (Kimia)
  • ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Sains)
  • ISM Pendidikan (Fizik)
  • ISM Pendidikan (Biologi)
  • Diploma Sains
  • Diploma Sains (Matematik)
  • Diploma Teknologi Makmal

Pengurusan & Ekonomi
  • ISM Pendidikan (Perakaunan)
  • ISM Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)
  • ISM Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)
  • ISM Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
  • ISM Pendidikan (Ekonomi)
  • ISM Perakaunan 
  • ISM Ekonomi (Kewangan)
  • ISM Ekonomi (Kewangan Islam)
  • ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
  • ISM Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) 
  • Diploma Keusahawanan

Sains Sukan dan Kejurulatihan
  • ISM Pendidikan (Sains Sukan)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
  • ISM Pendidikan (Sains Kejurulatihan)
  • ISM Pendidikan (Psikologi Sukan)
  • ISM Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan)
  • ISM Sains Sukan (Psikologi Sukan)
  • ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)
  • Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan

Ingin mendapat maklumat yang selanjutnya, sila layari web di bawah:
https://online.moe.gov.my/upu/epanduan/ipta/epanduanInfoAm.php?jenprog=spm&pagefunc=epanduanInfoAm&carian1=A


Disediakan oleh, 
Biro Kerjaya PRD KMKt.

0 comments:

Post a Comment